Friday, August 7, 2009

Sila lah Menderma

Salam,

Y.Bhg Dato’/Datuk/Tuan/Puan,


Dukacita dimaklumkan bahawa rakan sekerja kita Encik Hasrol Bin Haron yang bertugas sebagai Pembantu Pegawai Teknik di unit Network Development, Ibu Sawat Kinrara sedang menghadapi musibah. Beliau telah menghidap penyakit kegagalan buah pinggang yang teruk dan tidak dapat dipulihkan lagi (End Stage Renal Failure).

Untuk pengetahuan Y.Bhg Dato’/Datuk/Tuan/Puan, penyakit buah pinggang yang dihidapi oleh beliau memerlukanya berulang alik ke Hospital untuk membuat rawatan. Beliau terpaksa dirawat secara rawatan Haemodialisis tiga kali seminggu untuk empat (4) jam setiap rawatan dan rawatan ini terpaksa dilakukan sepanjang hayat beliau.

Oleh kerana kemudahan rawatan yang terhad dan sukar untuk mendapatkan pemindahan buah pinggang, doktor yang merawat beliau telah menyarankan kepada beliau supaya membuat rawatan di Luar Negara disebabkan kesukaran untuk mendapatkan penderma buah pinggang di Malaysia. Untuk menjalani rawatan tersebut, beliau memerlukan wang sebanyak RM 300,000.00.

Untuk meringankan beban beliau yang mempunyai lima (5) orang tanggungan dan seorang isteri, pihak kami memohon bantuan tulus ikhlas dari seluruh warga kerja TM untuk menyumbangkan derma /sumbangan. Y.Bhg Dato’/Datuk/Tuan/Puan bolehlah membuat kutipan dan / atau terus menyalurkan sumbangan ikhlas ke akaun Bank Islam : 14 1800 10000 041(KELAB TM MALAYSIA).

Sebarang pertanyaan mengenai kutipan / sumbangan ini bolehlah berhubung dengan saya atau En. Abdul Rahim Bin Abdul Hamid di talian 03- 2240 1629


Setiap sumbangan ikhlas dari Y.Bhg Dato’/Datuk/Tuan/Puan amatlah dihargai.

" Yang Kekal Mengiringi Jenazah kita nanti hanyalah tiga (3) perkara sahaja iaitu Ilmu yang Manfaat, Anak yang Solehah dan ketiganya ialah Sedekah Jariahnya "


Sekian Terima Kasih.Salam Hormat,


Hj Mohd Ariffin Che Man
Pengurus Besar
IR/ER & OSHE
Group Human Capital Management

No comments: